Syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun khas Lembaga Tabung Haji (TH) dibuat untuk memastikan kemampuan kewangan serta penolakan atau penangguhan tawaran mengerjakan ibadat berkenaan.KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membatalkan cadangan syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun khas Lembaga Tabung Haji (TH) kerana dikhuatiri membebankan golongan berpendapatan rendah, khususnya penduduk luar bandar.

Tuan Ibrahim Tuan Man.Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata syarat itu tidak semestinya mencerminkan kemampuan sebenar bakal jemaah, malah menyukarkan pasangan suami isteri yang perlu menyediakan simpanan berjumlah RM30,000.

"30,000 ini bagi orang kampung satu jumlah yang sangat besar. Kalau dah senaraikan mereka dapat pergi haji, mereka memang dah persiapkan duit.