AYER KEROH: Rakyat Malaysia yang berhasrat ke Itali dan Perancis dinasihatkan menjauhi tempat demonstrasi pelajar bagi mengelakkan risiko keselamatan serta berdepan tindakan undang-undang pihak berkuasa tempatan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata setakat ini tiada larangan perjalanan dikeluarkan ke kedua-dua negara berkenaan,
Namun, katanya, rakyat Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan yang menjadi tumpuan demonstrasi.
Beliau berkata, demonstrasi berkenaan lazimnya tertumpu di laluan tertentu, bukannya membabitkan keseluruhan bandar Paris atau Rom.








