SUBANG JAYA: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 di sini, dilanda kebimbangan setiap kali hujan lebat kerana kawasan itu selalu mengalami banjir kilat.

Malah, keadaan menjadi semakin buruk sejak dua tahun kebelakangan ini, apabila air naik terlalu tinggi hingga memasuki kenderaan, surau dan lif di perumahan berkenaan.

Tinjauan di PPR Lembah Subang 1 mendapati, jalan masuk ke kawasan perumahan itu dipenuhi bahan pembinaan sehingga ke dalam longkang.

Penduduk, Rusdi Mohd Yunus, 54, yang menetap di PPR itu sejak 15 tahun lalu, berkata banjir kilat berlaku terutama di kawasan tempat letak kereta dan padang bola.setiap kali hujan lebat lebih satu jam.