Seremban: Lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di daerah ini dilaporkan menjadi mangsa suntingan gambar bogel menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Difahamkan, gambar mengaibkan mereka bukan sahaja disebarkan dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan malah didakwa turut dijual menggunakan platform aplikasi Telegram.

Peguam, Ng Kian Nam berkata, perkara itu dikesan pada Ogos lalu apabila seorang pelajar menemui satu telefon pintar tanpa kata laluan di dalam surau sekolah itu dan menemui gambar lucah berkenaan.

"Dalam kejadian 12 Ogos itu, pelajar tingkatan dua berkenaan kemudian menghantar gambar berkenaan ke Instagram kakaknya yang berusia 17 tahun.