PETALING JAYA – Kehadirannya diraikan, penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa syukur dan terharu tidak terhingga melihat sambutan ramai selepas mengadakan persembahan ikonik bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Pemilik nama penuh Nor Aniza Idris, 58, itu menyifatkan persembahan lagu Hati Kama semalam sebagai detik bersejarah dalam kerjaya seninya selain persembahan duet mereka pada temasya Sukan Komanwel pada1998 (SUKOM98).

“Pentas sudah sunyi tetapi kenangan malam tadi masih belum reda dalam hati saya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyambut Hati Kama serta Dondang Dendang dengan penuh kasih.