KUALA LUMPUR: Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor tampil menjelaskan situasi sebenar berlaku di Jepun apabila pasukan gimnasium Thailand yang melatihnya tidak dapat mengiringinya akibat masalah teknikal.
Dia turut dibantu beberapa rakannya sepanjang berada di sana sehingga hari perlawanan.
Menurut Rifdean, penjelasan itu dibuat bagi memperbetulkan keadaan sebenar, selain memohon maaf kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong yang dilihat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Ia termasuk dakwaan bahawa dia tidak mempunyai kelengkapan secukupnya menjelang perebutan gelaran dunia Muay Thai ONE kategori atomweight selepas gagal melepasi ujian hidrasi.








