Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata lima saksi dipanggil dalam siasatan kes sunting gambar pelajar. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Polis menerima lima laporan berhubung penyebaran gambar wajah pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyerupai gambar lucah.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa yang berusia 14 hingga 17 tahun itu daripada ibu bapa dan penjaga pada 20 hingga 23 Ogos lepas.
"Dalam kes ini, suspek seorang pelajar Tingkatan 5 dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah, iaitu digantung sekolah bermula pada 24 hingga 28 Ogos lepas.
"Sehingga kini, lima saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan," menurut kenyataan.







