Ketua Umno Sepang Noorazli Said dituduh sengaja melukakan perasaan agama ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno 2026 pada 12 Sept. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Amanah sudah memaklumkan kepada Menteri Besar Amirudin Shari mempertimbangkan semula Ketua Umno Sepang Noorazli Said sebagai penyelaras DUN Dengkil, selepas dituduh di mahkamah kerana menyentuh sensitiviti agama ketika berucap pada himpunan politik bulan lalu.
Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Abbas Azmi, berkata individu yang tidak memahami keadaan masyarakat majmuk di negeri itu tidak seharusnya dilibatkan dalam pentadbiran.
“Ucapan Noorazli tidak boleh dipandang ringan kerana menyentuh sensitiviti serta adat dan budaya masyarakat lain di negara kita. Jika perkara sebegini tidak dibendung, ia boleh menimbulkan keadaan tidak sihat dalam masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama.







