Putrajaya: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) yang kononnya bermula 1 Nov ini seperti yang tular menerusi satu poster.
Menerusi hantaran di Facebook, MOF memaklumkan poster yang tular itu adalah palsu.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 Nov 2026 kerana maklumat tersebut adalah palsu.
"MOF ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan," menurut MOF.









