Kuala Lumpur: Pelakon Azhar Sulaiman, 55, menyifatkan rezekinya bergelar 'hero' dalam drama atau filem pada awal kemunculan secara tidak langsung membantu untuk mendapat bayaran setimpal hingga kini.
Azhar berkata, dia bersyukur dengan bayaran diterima atas komitmen tuntutan kerja diberi dan belum pernah mendapat bayaran rendah seperti dilalui segelintir pelakon senior lain.
"Setakat ini, saya tidak lagi berdepan masalah bayaran yang rendah. Syukur Alhamdulillah, masih setimpal. Syarikat produksi yang mahu bekerjasama sudah tahu berapa 'rate' saya.
"Bagi saya, soal bayaran ini adalah rezeki masing-masing. Kalau ada pelakon yang dapat bayaran sehingga RM100,000 untuk pembabitan dalam filem dibintangi, mungkin penerbit sudah tahu komitmen mampu diberikan.









