Kota Bharu: Hukuman lebih berat, termasuk hukuman penjara, terhadap kegiatan samseng jalanan atau 'mat rempit' akan mula berkuat kuasa pada 1 November ini susulan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pindaan berkenaan sudah diluluskan Parlimen dan kini menunggu proses pewartaan akhir.

Beliau berkata, pindaan itu akan membolehkan anggota penguat kuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang terbabit dalam perlumbaan haram dan aktiviti menunggang secara berbahaya.

"Pindaan terhadap Akta 333 sudah diluluskan Parlimen dan jika semuanya berjalan lancar, ia akan dikuatkuasakan mulai 1 November.