KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan mat rempit bakal berdepan hukuman lebih berat, antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai 1 November ini.Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pindaan yang sudah diluluskan Parlimen itu kini hanya menunggu proses pewartaan akhir selepas JPJ menerima pandangan Jabatan Peguam Negara."Pindaan terhadap Akta 333 sudah diluluskan Parlimen dan jika semuanya berjalan lancar, pindaan ini akan dikuatkuasakan bermula bulan depan."Akta ini akan mengenakan hukuman yang jauh lebih berat antaranya melibatkan hukuman penjara terhadap kesalahan ‘mat rempit’," katanya dalam satu podcast.Menurut Muhammad Kifli, pindaan itu juga akan memudahkan pegawai penyiasat mengambil tindakan di bawah Seksyen 42(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya, peruntukan baharu itu bakal memperkukuh tindakan terhadap kegiatan perlumbaan haram, samseng jalanan dan aktiviti menunggang atau memandu secara berbahaya."Pindaan ini akan turut memberikan peruntukan undang-undang yang lebih kukuh kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya."Kegiatan mat rempit merupakan isu di peringkat nasional dan memerlukan penguatkuasaan berterusan," katanya.Dalam pada itu, beliau menjelaskan, masalah mat rempit yang berulang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini akan ditangani menerusi kerjasama lebih erat dengan pihak berkuasa lain."Isu mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu adalah masalah yang berulang dan JPJ akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan tindakan penguatkuasaan terus diambil," katanya.
Samseng jalanan, mat rempit berdepan hukuman penjara mulai bulan depan - JPJ

Key takeaways
A new amendment to the Road Transport Act 1987 will increase penalties for street racers and reckless drivers, including imprisonment, starting next month.
- A new amendment to the Road Transport Act 1987 has been approved by Parliament.
- The amendment will increase penalties for street racers and reckless drivers.
- The amendment will allow for imprisonment for street racing and reckless driving.
- The amendment is expected to be enforced starting next month.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Samseng jalanan, mat rempit berdepan hukuman penjara mulai bulan depan - JPJ (this story)







