SEBERANG PERAI – Belum pun reda kebimbangan akibat banjir pada 20 September lalu, penduduk Kampung Kubang Semang, di sini sekali lagi berdepan bencana itu apabila 10 keluarga terpaksa dipindahkan ekoran hujan lebat selama empat jam, petang semalam.

Keadaan itu juga menyebabkan penduduk berkenaan termasuk empat orang kurang upaya ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), ketika ini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kubang Semang MK20, Wan Ramlah Wan Ahmad berkata, kawasan berkenaan sememangnya sering dilanda banjir, termasuk kejadian pada 20 September lalu.

“Banjir terbaharu berlaku selepas hujan lebat selama kira-kira empat jam bermula pukul 2 petang semalam.