IPOH – Mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 90 mangsa daripada 27 buah keluarga apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di tutup pada pukul 1.30 petang tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, tiga PPS yang ditutup berkenaan ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol, PPS Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8 dan Dewan Perdana Trong.
“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, masih terdapat 426 orang mangsa melibatkan 153 buah keluarga masih berlindung di empat buah PPS.
“Bagaimanapun, tiga PPS ditutup pada pukul 1.30 petang tadi, dengan PPS SK Matang Gelugor dan PPS SK Matang masih menempatkan mangsa bencana seperti banjir dan ribut,” katanya di sini, hari ini.









