KUALA LUMPUR: Selangor menyasarkan untuk muncul sebagai antara hab robotik dan pembuatan termaju terbesar di rantau ini menerusi kerjasama strategik antara NCT World Sdn Bhd (NCT World), anak syarikat NCT Alliance Bhd (NCT) dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).

Menerusi kerjasama ini, NCT akan berperanan sebagai rakan kongsi infrastruktur perindustrian dengan NCT Smart Industrial Park (NSIP), Taman Perindustrian Terurus (MIP) pertama di Malaysia yang terletak di Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) menjadi salah satu pangkalan bagi inisiatif itu.

NCT berkata, NSIP akan menyediakan kemudahan kilang kepada pengeluar robotik dan automasi yang berhasrat untuk memulakan operasi di Selangor.