Kuantan: Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang akan dibentangkan di Parlimen pada mesyuarat pertama tahun depan bagi memperkukuh kawal selia urus niaga dalam talian, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.
Beliau berkata, draf awal RUU itu telah disiapkan dan sedang melalui proses penambahbaikan sebelum dibentangkan di Parlimen.
"Buat masa ini, kita tidak mempunyai perundangan khusus yang mengawal selia e-dagang. Jadi, dalam kebanyakan kes, kita berunding dan menjadi pengantara antara usahawan dalam talian dengan penyedia platform berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Akses Peruncitan 2026 di sini hari ini.









