BATU PAHAT: Keluarga kepada Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang disyaki dibunuh meminta orang ramai menghentikan spekulasi kononnya ahli keluarga suspek ada menziarahi mereka.

Sepupu mangsa, Mohamad Fauzi Bujang, 43, berkata mereka sekeluarga terkejut dengan berita tular di media sosial berhubung dakwaan keluarga suspek sudah berjumpa dengan keluarga remaja itu beberapa hari selepas kejadian tragis itu.

"Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat berita ini. Saya minta mereka di luar sana agar menghormati ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan.

"Saya terpaksa menegur mereka (warganet) dan bertanya dari mana mereka dapat berita ini sampai saya terpaksa minta bukti mengenai kedatangan keluarga dia (suspek) ke rumah datuk dan nenek Irene Sofiya.