Shah Alam: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48, meluahkan rasa terharu apabila kekasihnya yang juga usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) sanggup membatalkan pelbagai komitmen kerja dan pulang awal dari luar negara semata-mata mahu menjaga dirinya yang mengalami kecederaan kaki.

Menurut penyanyi lagu Asmara Ini, DSV atau nama sebenar Hasmiza Othman yang sepatutnya berada di China memilih untuk pulang ke tanah air lebih awal demi menemaninya mendapatkan rawatan lanjut di hospital akibat cedera pada sesi latihan badminton.

"Saya tengah berlatih untuk kejohanan badminton, lalu kaki tercedera. Saya paling terharu sebab Vida sepatutnya tiada di Malaysia, dia ada di China. Tetapi dia balik awal, katanya bukan sahaja untuk sokong acara Melodi, tetapi mahu teman saya berjumpa doktor esok.