PETALING JAYA – Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bengang dengan segelintir netizen yang bercakap buruk tentang perkahwinan pasangan sensasi iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Menurut Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, masih ramai netizen kurang cakna dalam akaun Threads yang berani mempersoalkan kenapa Saddiq memilih janda anak dua sebagai isteri.

“Ramai jugak orang yang ‘bodoh piang’ zaman-zaman Threads ni? Bila BASS dah nikah, ramai pula yang persoalkan kenapa pilih janda anak dua?

“Yang anak dara belum tentu boleh membahagiakan selamanya, dan yang janda pulak