Kuala Lumpur: Tafsiran utama kalimah lighad dalam surah al-Hasyr ayat 18 merujuk kepada hari akhirat, namun semangat dan pengajarannya wajar diambil iktibar dalam merancang masa depan dan urusan kehidupan dunia, kata Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.
Ahmad Fauwaz menerusi perkongsian Tinta Mufti di laman web Jabatan Mufti Wilayah berkata perkara itu, susulan perbincangan masyarakat berhubung penggunaan kalimah berkenaan.
Beliau berkata perbahasan itu, tertumpu kepada persoalan sama ada kalimah itu boleh dikaitkan dengan perancangan masa depan, sedangkan para ulama tafsir secara umumnya menjelaskan perkara itu merujuk kepada hari akhirat.
"Dalam meneliti persoalan ini, penting untuk dibezakan antara tafsiran sesuatu ayat al-Quran berdasarkan maksud yang dikehendaki oleh nas, dengan penghayatan terhadap pengajaran dan petunjuknya dalam kehidupan manusia.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fradzi12_663069.png&w=480&output=webp&q=85&we)

