PENYOKONG fanatik Manchester United, Frank Ilett terus menjadi perhatian apabila cabarannya untuk tidak memotong rambut selagi kelab kesayangannya gagal memenangi lima perlawanan berturut-turut kini mencecah 100 perlawanan.Ilett yang lebih dikenali sebagai ‘The United Strand’ memulakan cabaran itu dengan satu syarat mudah iaitu hanya akan menggunting rambut selepas The Red Devils mencatat lima kemenangan berturut-turut.Bagaimanapun, cabaran yang pada awalnya kelihatan seperti mudah kini bertukar menjadi penantian panjang apabila Manchester United masih gagal memenuhi syarat berkenaan.Lebih menarik, sepanjang cabaran itu berlangsung, United sudah menyaksikan lima pengurus mengambil alih pasukan namun tiada seorang pun berjaya 'membantu' Ilett memastikan dia dapat menggunting rambut.Segalanya bermula ketika Erik ten Hag mengemudi United tetapi pengendali dari Belanda itu gagal membawa pasukan mencatat lima kemenangan berturut-turut sebelum meninggalkan kelab berkenaan.Pengendali interim, Ruud van Nistelrooy kemudian menghidupkan harapan apabila membimbing United meraih dua kemenangan berturut-turut. Namun, beliau tidak sempat melengkapkan misi itu sebelum Ruben Amorim dilantik sebagai pengurus baharu.Amorim turut gagal memenuhi sasaran berkenaan apabila United tidak mampu mencatat lebih daripada tiga kemenangan berturut-turut sepanjang tempoh kendaliannya. Selepas dipecat, beliau meneruskan karier bersama AC Milan, sedangkan rambut Ilett terus dibiarkan panjang.Selepas itu, giliran Darren Fletcher mengambil alih tugas sebagai pengendali interim, namun beliau hanya mengemudi pasukan dalam dua perlawanan dan kedua-duanya tidak berakhir dengan kemenangan.Harapan kembali menyala apabila Michael Carrick mengambil alih pasukan dan memberikan impak segera menerusi kemenangan ke atas Manchester City, Arsenal, Fulham serta Tottenham Hotspur.Empat kemenangan berturut-turut itu menyaksikan Ilett semakin hampir menamatkan penantian, namun West Ham United menjadi penghalang terakhir apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1. Keputusan itu memusnahkan peluang United untuk melengkapkan lima kemenangan berturut-turut sekali gus memaksa cabaran berkenaan bermula semula.Kini, selepas 100 perlawanan dan 743 hari tanpa potongan rambut, Ilett sekali lagi terpaksa menunggu apabila United kembali berada pada kedudukan tanpa kemenangan berturut-turut.
100 perlawanan, 743 hari: Peminat fanatik United masih belum boleh potong rambut

Key takeaways
Peminat Manchester United, Frank Ilett, masih belum memotong rambutnya selepas 100 perlawanan tanpa lima kemenangan berturut-turut.
- Ilett memulakan cabaran tidak memotong rambut jika United tidak menang lima perlawanan berturut-turut.
- Lima pengurus United tidak berjaya memenuhi syarat tersebut sepanjang cabaran.
- Rambut Ilett masih panjang walaupun terdapat perubahan pengurus dalam tempoh itu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian 100 perlawanan, 743 hari: Peminat fanatik United masih belum boleh potong rambut (this story)
- Berita Harian 743 hari menanti, Ilett masih belum dapat gunting rambut








