MANCHESTER: Penyokong Manchester United yang berambut panjang, Frank Ilett, atau lebih dikenali sebagai 'The United Strand', berkongsi perkembangan terbaharu selepas mencapai 100 perlawanan sejak memulakan cabarannya untuk tidak memotong rambut.
Ilett berikrar tidak akan menggunting rambut sehingga The Red Devils mencatat lima kemenangan berturut-turut, satu pencapaian yang semakin sukar direalisasikan dari minggu ke minggu.
Sejak cabaran itu bermula, United sudah menggunakan khidmat lima pengurus, dengan peluang Ilett mendapatkan potongan rambut bergantung kepada kemampuan pasukan kendalian Erik ten Hag ketika itu.
Selepas Ten Hag gagal mencatat lima kemenangan berturut-turut, pengendali sementara, Ruud van Nistelrooy, berjaya membantu United meraih dua kemenangan berturut-turut.








