New York: Kumpulan penjenayah bermotosikal termasuk anggota geng yang terdiri daripada pendatang tanpa izin mencetuskan ketakutan di bandar ini apabila meragut barang kemas bernilai ribuan dolar dari leher orang awam dan anggota polis, lapor New York Post.
Jabatan Polis New York (NYPD) merekodkan lebih 20 kes ragut rantai oleh penjenayah bermotosikal sejak September lalu dengan sekurang-kurangnya 10 daripadanya bertukar ganas.
Bagaimanapun, sumber polis mendakwa jumlah itu hanya sebahagian kecil daripada kejadian sebenar.
Kejadian paling mendapat perhatian apabila seorang detektif ditikam 10 kali selepas cuba melawan dua lelaki yang juga pendatang tanpa izin pada awal bulan ini.








