PARIT BUNTAR – Seorang pemegang lesen ladang ayam bergelar Datuk didenda keseluruhan RM50,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membenarkan pembiakan lalat di dua premis penternakan ayam di daerah Kerian.

Majistret Salwa Asmary Abdul Rahim menjatuhkan hukuman denda RM25,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Datuk Siah Gim Eng, 67.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membenarkan pembiakan lalat di sebuah ladang ayam di Gunung Semanggol pada 16 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah ladang ayam di Jalan Changkat Lobak p