KUALA LUMPUR – Penulis blog, Papagomo dilepas dan dibebaskan sekali lagi oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut kata hasutan mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, tiga tahun lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali yang bersidang di Mahkamah Sesyen Klang, memutuskan demikian selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, 43.

Mengikut pertuduhan, Wan Muhammad Azri didakwa menghasut di laman Facebook ‘Halid Hamidi (Halid Mat Kool)’ dan kata-kata itu dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari pada 8 November 2023.

Justeru, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama