KUALA LUMPUR – Blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dilepaskan dan dibebaskan sekali lagi atas satu pertuduhan menyebut kata-kata menghasut antaranya mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat, tiga tahun lalu.Hakim, Siti Aminah Ghazali yang bersidang di Mahkamah Sesyen Klang pada Isnin memutuskan demikian selepas mendapati peguam bela berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Wan Muhammad Azri, 43."Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes, sementara pembelaan berjaya menimbulkan keraguan kes melangkaui keraguan munasabah," katanya.Pada 8 Januari 2024, lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sir Azri didakwa menyebut kata-kata menghasut di Facebook atas nama Halid Hamidi (Halid Mat Kool) pada jam 1 petang 8 November 2023.Kenyataan itu dilihat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara Wan Muhammad Azri hadir selaku saksi pembelaan tunggal.Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan sementara peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali hadir bagi pihak Wan Muhammad Azri.Pada 3 September 2025, Wan Muhammad Azri dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan berkenaan.Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan Mahkamah Tinggi di sini.Hakim, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor kemudiannya memerintahkan penulis blog itu membela diri.
Papagomo bebas lagi kes hasut kait kerajaan pro-Israel

Key takeaways
Papagomo dibebaskan daripada kes hasut yang dikaitkan dengan kerajaan pro-Israel selepas hakim memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.
- Papagomo dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.
- Kes ini berlaku tiga tahun lalu dengan tuduhan menyebarkan kenyataan menghasut.
- Pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’
- Sinar Harian Papagomo bebas lagi kes hasut kait kerajaan pro-Israel (this story)








