Pempengaruh politik Wan Azri Wan Deris dituduh mendakwa kerajaan 'pro-Israel dan pro-negara Barat' dalam hantaran Facebook kira-kira 1 tengah hari pada 8 Nov 2023. (Gambar Bernama)KLANG: Pempengaruh politik Wan Azri Wan Deris dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap kerajaan.

Hakim Siti Aminah Ghazali dalam keputusan ringkasnya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan terhadap Azri mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminannya berjumlah RM7,000 dikembalikan.

Wan Azri didakwa membuat kenyataan bahawa kerajaan 'pro-Israel dan pro-Barat' menerusi akaun Facebook 'Halid Hamidi (Halid Mat Kool)' kira-kira 1 tengah hari pada 8 Nov 2023.