Fahmi Fadzil pada majlis pertukaran dokumen pembiayaan RM5.2 bilion untuk Digital Nasional Berhad (DNB) di Kuala Lumpur, hari ini.KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meneliti mekanisme untuk memperluas sekatan umur kepada pengguna platform permainan dalam talian seperti Roblox bagi meningkatkan keselamatan, khususnya kanak-kanak.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah itu susulan kebimbangan platform seumpamanya disalahgunakan kumpulan ekstremis untuk mendekati dan merekrut kanak-kanak seperti didedahkan bekas timbalan ketua polis negara Ayob Khan Mydin Pitchay

“Perbincangan saya dengan pihak Roblox, sebagai contoh, sejak tahun lalu menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama. Isunya mungkin hanya dari segi pengesahan pengguna dan pengesahan umur pengguna.