KUALA LUMPUR: Usaha penyatuan dan mesej dakwah dibawa oleh kumpulan metal, XPDC mendapat pujian dan penghargaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Menerusi hantarannya di Facebook hari ini, Zulkifli meluahkan rasa syukur apabila melihat gambar-gambar persembahan Zuar dan Izo yang diambil sewaktu Konsert XPDC Reunion & Friends, baru-baru ini.
Beliau menyifatkan foto-foto berkenaan berjaya melakar detik bersejarah apabila anggota XPDC asal yang berpecah kepada dua kumpulan dapat bersatu semula di atas satu pentas selepas hampir dua dekad sejak awal penubuhannya yang bermula sebagai kumpulan Tragedy.
"Pertemuan semula ini menjadi manifestasi indah bahawa perbezaan pandangan adalah perkara lumrah yang tidak sepatutnya merobek tali silaturahim dan ukhuwah sesama insan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F959a0b75527dbaba26af83744ab2e60f.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

