BUKIT GANTANG: Seramai 155 mangsa banjir dan ribut daripada 49 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama setakat tengah hari.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu melibatkan 100 mangsa banjir daripada 29 keluarga serta 55 mangsa ribut daripada 20 keluarga.
Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor yang dibuka sejak pukul 8.30 malam, 17 Oktober lalu.
Mangsa yang berlindung di PPS tersebut merupakan penduduk Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor yang terjejas akibat banjir.










