KUALA LUMPUR: Status pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Belanjawan 2026 perlu dijelaskan kerajaan susulan hanya 3,120 projek atau 32.6 peratus didapati mencapai status pascapelaksanaan manakala lebih 60 peratus masih di peringkat prapelaksanaan atau pelaksanaan.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persoalan itu perlu dijawab bagi menilai kecekapan kerajaan melaksanakan projek pembangunan yang menerima peruntukan besar daripada wang awam.

Beliau berkata, Belanjawan 2026 memperuntukkan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bersamaan 17.2 peratus daripada keseluruhan peruntukan belanjawan berjumlah RM470 bilion.

“Pada tahun belanjawan tahun 2026 yang lalu, memperuntukkan sebanyak RM81 bilion bagi belanja pembangunan iaitu 17.2 dari keseluruhan belanjawan 470 bilion.