KUALA LUMPUR: Seorang bekas kerani akaun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan pecah amanah wang deposit pelanggan melebih RM52,000, sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Norhasanah Adilah Rahman, 30, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut dua pertuduhan, dia sebagai kerani akaun sebuah syarikat rumah inap telah melakukan pecah amanah wang deposit pelanggan berjumlah RM52,575.70 dengan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank peribadinya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis syarikat berkenaan di Jalan Raja Muda Musa, di sini, antara 7 Januari 2024 dan 7 November 2025.









