Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menolak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, susulan rusuhan besar-besaran yang melanda negara itu sepanjang hujung minggu lalu.
Key takeaways
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menolak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, susulan rusuhan besar-besaran.
- Macron mahu Nunez kekal dalam jawatan untuk memastikan rantaian arahan tidak terjejas.
- Nunez diarahkan merangka pendekatan baharu untuk menangani kegiatan menjarah.
- Rusuhan berlaku akibat kemarahan terhadap kos sara hidup dan perkhidmatan awam.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menolak peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, susulan rusuhan besar-besaran yang melanda negara itu sepanjang hujung minggu lalu.
Pejabat Presiden Élysée hari ini memaklumkan, Macron mahu Nunez kekal menerajui kementerian itu bagi memastikan rantaian arahan dalam pasukan polis dan keselamatan tidak terjejas.
Beliau turut mengarahkan Nunez supaya segera merangka pendekatan baharu bagi menangani kegiatan menjarah premis perniagaan.
Rusuhan itu tercetus susulan kemarahan orang ramai terhadap peningkatan kos sara hidup, kemerosotan perkhidmatan awam serta keadaan sekolah.