MANILA: Kementerian Luar Filipina memanggil duta China ke Manila pada Isnin selepas beliau berkata, Beijing akan ‘menang dengan mudah’ sekiranya berlaku konflik antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu mendorong beberapa senator tempatan menggesa supaya beliau diusir.

Setiausaha Luar Filipina, Maria Theresa Lazaro menyuarakan kebimbangan serius dan bantahan keras kepada Duta China, Jing Quan berhubung kenyataan terbuka beliau pada 15 Oktober 2026 yang disifatkan sebagai ancaman penggunaan kekerasan, menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina.

Pertikaian itu tercetus susulan beberapa insiden membabitkan tentera dan pengawal pantai kedua-dua negara jiran di kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.