ANTALYA: Ahli arkeologi menemukan bangkai kapal tertua di dunia yang dipercayai berusia kira-kira 4,700 tahun di perairan berhampiran Pulau Kekova, Turkiye.
Kapal itu dipercayai tenggelam antara 2600 hingga 2400 Sebelum Masihi, era yang sama dengan pembinaan Piramid Agung Giza.
Menurut penyelidik, penemuan itu lebih lama berbanding bangkai kapal Dokos di Greece, yang sebelum ini dianggap sebagai tertua di dunia.
Bangkai kapal tersebut ditemukan pada kedalaman kira-kira 30 meter di bawah permukaan laut, bersama muatan berupa bekas penyimpanan purba dan sauh batu.









