SHAH ALAM: Sebuah lagi lori membawa muatan bahan binaan terbalik ketika menuruni bukit di Persiaran Mokhtar Dahari, di susur masuk Alam Budiman, di sini, hari ini.
Lori berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam dipercayai pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas di laluan masuk ke kawasan pusat perniagaan Alam Budiman.
Pengerusi Persatuan Penduduk Greenhill Residence, Mohamad Zailani Johari berkata, lori tersebut kemudian terbalik selepas melanggar pembahagi jalan menyebabkan muatan batu bertaburan di atas jalan di hadapan sebuah restoran.
Katanya kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi dan pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengeluarkan pemandu yang tersepit.










