KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyegerakan pelaksanaan projek naik taraf Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, bagi mengatasi masalah kekurangan katil.

Situasi berkenaan menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama di hospital daerah bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata HQE adalah pusat rujukan utama di Sabah yang memerlukan kemudahan tambahan bagi menampung keperluan pesakit dari seluruh negeri.

"Berdasarkan taklimat pihak hospital Ogos lalu, masalah itu menyebabkan seorang warga emas berusia 86 tahun yang mengalami patah tulang, terpaksa menunggu seminggu di hospital daerah.