KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) masih belum menetapkan calon yang akan diketengahkan sebagai 'poster boy' gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ia termasuk cadangan menamakan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari bagi peranan berkenaan.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil, mengakui Adly mempunyai pengalaman untuk peranan itu kerana pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka.

"Majlis Presiden PH belum membincangkan perkara itu dan kita menyerahkannya kepada kepemimpinan.