Syahir Che Sulaiman ulas kenyataan penganalisis yang keengganan PAS menamakan calon perdana menteri menunjukkan masih ada persoalan mengenai siapa yang mampu mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin negara.PETALING JAYA: Ketiadaan pengumuman calon perdana menteri daripada PAS sehingga kini bukan bermakna parti itu tidak mempunyai tokoh untuk diketengahkan, sebaliknya pengumuman hanya akan dibuat apabila tiba masanya.

Penolong Setiausaha Agung PAS Syahir Che Sulaiman berkata PAS mempunyai barisan pemimpin di peringkat Parlimen dan negeri daripada kelompok usia 40-an, 50-an dan 60-an, termasuk dalam kalangan ahli jawatankuasa pusat parti.

Menurut Ahli Parlimen Bachok itu, barisan berkenaan menunjukkan PAS mempunyai pelapis yang boleh dipertimbangkan untuk memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan sekiranya diberi mandat.