Tangkap layar klip video di media sosial papar konfrontasi antara Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan Menteri Besar Ismail Lasim selepas solat Jumaat hari ini.PETALING JAYA: Cicit kepada seorang pahlawan Negeri Sembilan berkata, hari ini merupakan kali pertama beliau melihat Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebegitu murka, apabila baginda menempelak Menteri Besar Ismail Lasim secara terbuka.
Kamel Yassin berkata, beliau tidak pernah menyangka akan menyaksikan perkara itu.
“Rasa berdebar tengok Tuanku (Muhriz) marah, ini kali pertama saya tengok (baginda) marah macam ini,” katanya, lapor Sinar Harian.
Insiden itu berlaku di sebuah masjid selepas solat Jumaat, ketika beliau berdiri di sebelah Tuanku Muhriz.







%2Ffile%2F1202%2Fd82c0fdfb7f15c9f1c9b6f287bc918af.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
