Zetrix AI maklumkan Bursa Malaysia, jumlah kupon belum dijelaskan yang akan matang pada tarikh-tarikh akan datang berjumlah RM164.5 juta. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd telah diberi tempoh sehingga 22 Okt untuk membetulkan pelanggaran perjanjian di bawah Sukuk Wakalahnya dan kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada kemungkiran pembayaran.
Menerusi jawapannya terhadap surat pertanyaan daripada Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan, jumlah kupon belum dijelaskan yang akan matang pada tarikh-tarikh akan datang berjumlah RM164.5 juta, manakala jumlah prinsipal belum dijelaskan yang akan matang pada tarikh-tarikh akan datang berjumlah RM2.0 bilion.
Zetrix Ai dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan, sekiranya pelanggaran tersebut masih belum dapat diselesaikan menjelang 22 Okt, ia akan mendapatkan persetujuan serta arahan atau panduan daripada pemegang Sukuk melalui Resolusi Luar Biasa pemegang Sukuk, termasuk mendapatkan pengecualian daripada pematuhan kovenan tersebut.






%2Ffile%2F1202%2Fd82c0fdfb7f15c9f1c9b6f287bc918af.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
