Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, rundingan kerusi pada peringkat PH Melaka telah selesai tanpa berdepan sebarang isu besar. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Amanah akan bertanding di lapan kerusi pada PRN Melaka akan datang, termasuk Bukit Katil yang disandang naib presiden parti merangkap bekas ketua menteri, Adly Zahari.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, baki tujuh kerusi lagi masih dibincangkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi memuktamadkan keputusan sebelum senarai penuh calon gabungan itu diumumkan pada 24 Okt nanti.
“... Bukit Katil itu sudah tentu kami mahu pertahankan,” katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Amanah Kelantan 2026 di Kota Bharu, lapor Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan perbincangan agihan kerusi pada peringkat PH Melaka telah selesai tanpa berdepan sebarang isu besar.






%2Ffile%2F1202%2Fd82c0fdfb7f15c9f1c9b6f287bc918af.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
