Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, meminta sekolah dan orang ramai supaya memaklumkan penemuan bungkusan mencurigakan kepada polis.PETALING JAYA: Polis menggerakkan unit pemusnah bom selepas menerima laporan berhubung bungkusan mencurigakan yang ditinggalkan atau dihantar di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata polis menerima lima laporan di daerah Nilai dan empat laporan di daerah Tampin.

Bungkusan tersebut dilaporkan berada di kawasan sekolah untuk suatu tempoh sebelum pihak sekolah membuat laporan polis setelah penerima yang terterae pada bungkusan tidak hadir untuk mengambilnya.

Pemeriksaan mendapati tiada bahan letupan atau bahan berbahaya ditemukan. "Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan berkenaan mengandungi tepung gandam dan pinggan plastik."