Kuala Lumpur: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara yang dibarisi ramai pemain muda menamatkan saingan di tangga keenam pada pusingan kedua Siri Kejohanan 7s Ragbi Asia di Colombo, Sri Lanka.
Skuad kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man itu tewas kepada Thailand 15-21 dan Jepun 5-54 sebelum bangkit menewaskan Uzbekistan 31-12 dalam aksi kumpulan untuk mara ke suku akhir.
Bagaimanapun, kemaraan skuad negara dalam saingan piala berakhir selepas dibelasah Hong Kong 0-78 pada peringkat lapan terbaik.
Skuad negara kemudian bangkit menewaskan Korea Selatan 42-17 dalam perlawanan penentuan klasifikasi sebelum tewas 5-33 kepada tuan rumah, Sri Lanka, dalam aksi penentuan tempat kelima.








