Penganalisis berkata walaupun Adly Zahari pilihan munasabah PH Melaka, Ab Rauf Yusoh daripada BN dilihat lebih menonjol dan popular dalam kalangan rakyat negeri itu.PETALING JAYA: Adly Zahari yang diketengahkan sebagai ‘poster boy’ Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka belum mampu menandingi aura dan karisma Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh, kata penganalisis politik.
Tawfik Yaakub.Tawfik Yaakub daripada Universiti Malaya berkata, walaupun Adly pilihan munasabah dalam kalangan pemimpin PH Melaka, Rauf daripada Barisan Nasional (BN) dilihat lebih menonjol dan popular dalam kalangan rakyat negeri itu.
“Bagi saya boleh namakan ‘poster boy’ tetapi jangan beria-ia sangat kerana PH masih tidak mampu menyaingi BN,” katanya kepada FMT.







