Lee Zii Jia mahu bapa dan kakaknya yang juga pengarah LZJ Management, dihalang daripada meluluskan fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri mereka sendiri. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, memohon injunksi interim bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat keputusan tertentu berkaitan kewangan serta pengurusan LZJ Management sementara pertikaian undang-undang masih berjalan.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu, lapor Berita Harian.

Zii Jia menamakan bapanya, Lee Chee Hin, dan kakaknya, Lee Zii Yii, serta adiknya, Lee Tao, dan LZJ Management sebagai responden dalam prosiding berkenaan.