Kuala Lumpur: Sebanyak 142 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia, setakat semalam sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi berbanding kawasan lain di rantau ini.

Berdasarkan data Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), jumlah itu meningkat ketara berbanding kelmarin, apabila hanya 17 titik panas dikesan pada hari berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 120 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia, semalam menurun berbanding 212 titik panas yang direkodkan kelmarin.

Dalam pada itu, tiada titik panas dikesan di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia, semalam.