KUALA LUMPUR: Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia, memohon injunksi interim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat keputusan tertentu berkaitan kewangan serta pengurusan LZJ Management sementara pertikaian undang-undang masih berjalan.
Permohonan itu difailkan menerusi saman bertarikh 2 Julai 2026, dengan nombor kes WA-24NCC-400-07/2026.
Selain bapanya, Lee Chee Hin, dan kakaknya, Lee Zii Yii, Zii Jia turut menamakan adiknya, Lee Tao, serta LZJ Management sebagai responden dalam prosiding berkenaan.
Menerusi permohonan itu, Zii Jia memohon supaya Chee Hin dan Zii Yii, yang juga pengarah syarikat, dilarang meluluskan fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri sendiri selain gaji bulanan masing-masing.








