KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan menerima 'durian runtuh' iaitu ganjaran keseluruhan bernilai RM160,000 susulan kejayaan gemilang merangkul satu pingat emas dan satu perak pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Habuan lumayan berkenaan diagihkan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) kepada 12 pemain dan dua jurulatih Golden Tigers, selain jongkong emas serta baucar beli-belah daripada rakan strategik, Telekom Malaysia (TM Group).

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, badan induk itu tidak mahu bergantung semata-mata kepada skim ganjaran kerajaan, sebaliknya mengambil inisiatif mengumpul dana sendiri bagi menghargai pengorbanan barisan pemain pada temasya empat tahun sekali itu.