PETALING JAYA: Peluang pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom beraksi dalam acara pecut berpasukan pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2026 di Shanghai, China, esok mencetuskan dilema pemilihan buat skuad negara apabila seorang daripada trio utama sedia ada mungkin terpaksa memberi laluan jika pelumba itu dipilih.

Ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri berkata, keputusan sama ada Shah akan diturunkan masih belum dimuktamadkan kerana pelumba berusia 31 tahun itu perlu melalui tempoh percubaan sebelum pemilihan dibuat pada hari perlumbaan.

“Shah sudah menyertai pasukan ke Shanghai, tetapi buat masa ini kami masih belum tahu sama ada dia akan beraksi dalam acara pecut berpasukan.